Program Khidmat Masyarakat

Dilaporkan oleh Unit Media Alumni Smas 04
( Payeh Topirk Aje )

PULAI CHONDONG,27 Mei-Aktivit ahli alumni batch 04 diteruskan lagi dengan melakukan khidmat masyarakat iaitu dengan bergotong-royong melancarkan majlis perkahwinan abang kepada saudara ahli alumni,iaitu Pendi. Bertempat di Kg Pauh Lima seawal jam 8 pagi ahli-ahli sudah berkumpul diperkarangan rumah terbabit. Jadual bertugas dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Untuk sesi pagi, saudara Eyi, Aje dan Topirk telah ditugaskan untuk memastikan kelancaran majlis. Pengalaman telah memudahkan mereka ini melakukan kerja-kerja seperti mengukur kelapa, memasang khemah serta membuat gajet telah dilakukan dengan begitu bersahaja dan efektif. Selain itu mereka-mereka ini memang cukup dikenali kerana telah banyak berkhidmat dimajlis-majlis perkahwinan disekitar kampung ini sebagai sukarelawan separuh masa.
Sesi kedua bersambung dengan saudara Kame,Payeh,Payirk dan lain-lain menggantikan shif untuk peserta sesi pertama. Menurut analisis pihak media, sesi kedua ini lebih mencabar. Ini kerana selain terpaksa menghadapi kehadiran tetamu-tetamu yang ramai dan boleh dikatakan kadar kehadiran para tetamu adalah berada diparas optimum, kami juga terpaksa membuat air minuman untuk para tetamu serta melakukan kerja-kerja pembersihan pinggang dan gelas selain memastikan semua kelengkapan berada dalam keadaan sempurna dan tersusun.
Aktiviti berakhir tepat pukul 6 petang, dan semua ahli bersurai pulang kerumah masing-masing bagi mendapatkan rehat yang secukupnya untuk menghadiri mesyuarat post mortern yang akan diadakan pada malam nanti.


Photobucket
sesi menjamu selera selepas tamat majlis

Photobucket
kame dan topirk bertungkus lumus menyiapkan air sirap spesel edition

Photobucket
kecuaian para peserta sukarelawan...


Photobucket
setelah seharian suntuk bekerja..

Alumni Smas FC benam cabaran AKPKB FC

Dilaporkan oleh Unit Media Alumni Smas 04
( Payeh Topirk Aje )


KOK LANAS, 26 Mei- Persatuan tidak rasmi Alumni SMK Abdul Samad telah mengadakan satu perlawanan persahabatan futsal dengan Persatuan Anak Kedah Politeknik Kota Bharu (AKPKB) yang bertempat di gelanggang futsal Khadam, Kok Lanas. Pasukan Alumni telah diwakili oleh saudara Eyie (batch 04), Kame(batch 04), Zaim(batch 02), Iwe(batch 02), Ellie(batch 02), Erie( batch 99) serta Anik(batch 05). Perlawanan ini berlangsung kurang tepat pukul 11 mlm. Pasukan Alumni telah mempamerkan permainan ‘versatile’ pada awal permainan dengan melakukan gerakan-gerakan yang merbahaya ke kawasan lawan. Pada 10 minit yang pertama pasukan alumni telah berjaya menjaringkan 3 gol tanpa balas. Permainan yang laju telah menyebabkan pasukan AKPKB FC begitu tertekan, ternyata mereka telah menukar corak permainan dengan memasukkan pemain-pemain yang baru. Ternyata kemasukan pemain-pemain baru telah berjaya mengubah rentak permainan AKPKB FC dan hasilnya berjaya berjaya menyamakan kedudukan 3-3 dalam masa 5 minit, asakan terus dilakukan oleh pasukan lawan namun ketangkasan saudara Anik yang mempamerkan aksi akrobatik menyelamatkan percubaan-percubaan berbahaya pihak lawan. Sorakan penyokong-penyokong telah menaikkan semangat pasukan alumni dengan menguasai kembali permainan dan kedua-dua pasukan berjaya mengimbangi perlawanan pada separuh masa dengan serangan yang bervariasi kiri dan kanan penjuru gol. Keputusan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 9-7 berpihak pada pasukan alumni. Pada separuh masa kedua, pasukan alumni cuba memperlahankan rentak permainan kerana disebabkan oleh ‘kepancitan’ yang berlaku dikalangan pemain. Fenomena ini telah memberi peluang kepada pasukan lawan untuk membolosi pertahanan yang semakin hilang punca. Namun kemasukan saudara Kame telah membuatkan permainan pasukan kembali terususun dan semakin banyak gol telah dihasilkan menuju keakhir perlawanan. Keputusan muktamad perlawanan berakhir dengan kemenangan bergaya 14-11. Menurut pengurus pasukan saudara Aje berkata :

“ malam ini pasukan alumni smas ini telah bermain seperti yang diharapkan walaupun mereka semua ini pertama kali digandingkan, kami cuba merangka lebih banyak lagi perlawanan persahabatan bagi memastikan kesefahaman antara pemain lebih efektif dan saya optimis pasukan ini mampu muncul juara di kejohanan futsal anjuran Sinar Harian yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Jun ini”.

Selepas perlawanan semua pemain dan kakitangan yang terlibat menghadiri jamuan HI-TEA yang diadakan di Restoran Mutia.


Photobucket

Photobucket